bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Friday, August 6, 2010

Jom Main...


Main merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Hal ini kerana, kanak-kanak bermain dengan sukarela tanpa ada paksaan, main bermotivasi intrinsic, melibatkan penglibatan dan pergerakan secara aktif dan mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi. Di samping dapat belajar, bermain juga membolehkan kanak-kanak mengenali persekitaran melalui penerokaan, simulasi, lakonan dan sebagainya.


Teori Main

1. The Surplus Energy Theory (Spencer 1896)

2. The Relaxation Theory (Patricle 1919)

Teori ini melihat main sebagai sesuatu yang mempunyai hubungkait. Hal ini dapat dilihat apabila main dapat mengurangkan beban daripada kerja di mana kerja memerlukan seseorang untuk berfikir, konsentrasi, dan sebagainya.

3. The Instinct Practice Theory (Gross 1896)
Menurut teori ini, main dilihat sebagai satu latihan ke arah untuk mencapai kematangan apabila memasuki alam dewasa.

4. Cognitive Development Theory (Jean Piaget 1926)
Menurut Jean Piaget, main dapat membantu kanak-kanak menguasai pengetahuan dan membantu terhadap perkembangan. Main merupakan aktiviti yang tidak menghadkan aktivitinya dan dengan bermain, kanak-kanak dapat belajar daripada persekitarannya, contohnya bagaimana untuk bersosialisasi, bertolak ansur dan sebagainya.

5. Social Theories of Play (Damon 1983)
Main dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikkan kemahiran dan melahirkan sentiment. Selain itu, main dapat menstabilkan emosi kanak-kanak.

Objektif permainan

1. Pengajaran bertujuan memberi penguasaan dan kemahiran teknik bersukan dan akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan.

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor terpenting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dan prinsip permainan.

3. Kanak-kanak dapat menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap keseronokan maksima.

4. Keseronokan dalam bermain dilihat pada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik.

5. Guru berperanan mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina sendiri kemahiran bersesuaian yang diperlukan dalam permainan.

6. Penguaasaan kemahiran dapat dilihat sejauh mana keupayaan murid terhadap sesuatu permainan.

7. Kesedaran taktikal dan membuat keputusan merupakan aspek utama sesuatu pengajaran selain daripada membina kemahiran dan teknik.

8. Memberi peluang kepada murid mengukur keupayaan murid.

No comments:

Post a Comment