bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Sunday, August 15, 2010

Teori Pembelajaran Konstruktivis

Pengertian Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukan sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. mereka tidak menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

Teori ini mempunyai kaitan dengan asas teori kognitif dengan memberi penekanan pada bagaimana struktur kognitif membina dan mengkoordinasi pengetahuan.


Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif -Jean Piaget-

Menurut Piaget, keupayaan menguruskan maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas ini dinamakan sebagai skema.
Pengetahuan dibina apabila maklumat diserap masuk dan disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptaasi.

2 Proses Adaptasi
1. Asimilasi
- Asimilasi ialah maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada (skema). Ia akan diserap dengan mudah dalam struktur kognitif dan menghasilkan keseimbangan(equilibrasi)

2. Akomodasi
- Akomodasi ialah maklumat baharu yang tidak mempunyai persamaan dengan maklumat sedia ada dan akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam struktur kognitif (disequilibrasi) Maklumat baru akan diserap masuk melalui pembacaan dan perbincangan sekaligus akan mencapai keseimbagan.

Proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku sepanjang hidup. Proses adaptasi akan yang semakin kompleks, skema juga menjadi kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Melalui proses adaptasi juga, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.

Teori Konstruktivisme Sosial -Lev Vygotsky-
Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.
Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

Pandangan Konstruktivisme Sosial
1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya.
2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu.
3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri.
4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.
5. Guru sebagai fasilitator.
6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif.
7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam pembelajaran.
8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. pembelajaran berpusatkan pelajar.
2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
3. Pembelajran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding.
5. Pelajar bina pengetahuan bermakna
6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada
7. Pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hingga tercapai matlamat.
8. Interaksi sosial membantu pembelajaran
9. Guru dan rakan sebagai fasilitator
10. Persekitaran pembelajaran yang kompleks membantu pembinaan pengetahuan baharu.
11. Pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi
12. Pelajar bertanggung jawab dalam pembelajaran sendiri.

No comments:

Post a Comment