bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Saturday, August 14, 2010

Teori Pembelajaran Kognitif

Pelopor dan prinsip
Wolfgang Kohler (1887-1967)
  • Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal.
  • Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan.
  • Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian.
Kohler dan pembelajaran celik akal
-Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu).
-Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut.
Kajian lain (Kohler)
-Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan.
-Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut.
-Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung.
-Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.

Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
-Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak.
-Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)
Tokoh utama revolusi kognitif.
-Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan.
-Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif.
-Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
-Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

-Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat).
-Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Pembelajaran penemuan Bruner
-Konsep mengetahui adalah satu proses.
-Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian.
-Apa itu pembelajaran penemuan? Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif.
-Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.

David Ausubel (1918-kini)
-Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers.
-Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung.
-Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali.

Advance organizers
-Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif.
-Bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus.
-Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.

Contoh AO ialah graphic organizer.

Ausubel dan pembelajaran bermakna.
-Derivative subsumption, memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari.
-Correlative subsumption. (Rujuk buku)

Rumusan
-Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.
-Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.
-Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.
-Pengetahuan biasanya disusun sistematik.
-Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.

Implikasi terhadap P&P
-Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan.
-Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P.
-Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza.
-Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.

No comments:

Post a Comment