bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Sunday, August 15, 2010

Model Pengajaran

Model Pemprosesan Maklumat

Model ini berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam berasaskan langkah-langkah berikt:
1. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
2. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
3. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
4. Pengembangan konsep yang sesuai.

Model ini sesuai dan berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat seterusnya mencapai matlamat pendidikan peribadi dan sosial.

Pengajaran Konsep
Model ini berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin yang dibentuk bagi meningkatkan kecekapan murid-murid mempelajari dan mengembangkan konsep. Terdapat cara-cara persembahan maklumat yang berkesan bagi pelbagai tajuk pada setiap tahap perkembangan mereka.

Inkuiri
Melalui kaedah ini, murid-murid akan melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran-kemahiran menyoal, membuat kesimpulan dan menguji konsep serta hipotesis. Kaedah ini selalu digunakan untuk subjek sains.

No comments:

Post a Comment