bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Friday, August 6, 2010

Pembelajaran...


Pembelajaran disefinisikan sebagai proses untuk menghasilkan perubahan tingkah laku disebabkan pengalaman. Pembelajaran juga merupakan proses untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

Pembelajaran memerlukan persekitaran yang kondusif. Dengan adanya pelbagai kemudahan, murid-murid akan mendapat keselesaan seterusnya dapat melalui proses pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, guru perlu memberi rangsangan dan peneguhan yang dapat menarik perhatian murid untuk memberi perhatian. Terdapat 2 jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Contoh peneguhan positif ialah dengan memberi galakan, motivasi, pujian, dan hadiah. Contoh peneguhan negatif pula ialah hukuman. Pembelajaran juga memerlukan ingatan yang baik. Melalui ingatan, murid-murid dapat memproses maklumat atau input yang diperoleh. Proses terakhir ialah menghasilkan perubahan tingkah laku. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak suka pada peniruan. Jadi, guru perlu menjadi 'rol model' kepada murid-murid.

Prinsip-prinsip Pembelajaran (Model Ewell)
1. Penglibatan aktif
2. Perkaitan dan corak/konstraktivisme
3. Pembelajaran informal
4. Pengalaman langsung
5. Situasi mendesak (Compelling situation)
6. Maklum balas berterusan.
7. Suasana yang menyeronokkan
8. Refleksi

Jenis-jenis Pembelajaran
Pembelajaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu pembelajaran formal, informal, dan non-formal. Pembelajaran formal dijalankan di sekolah dan menggunakan pendekatan praforma. Selain itu, pembelajaran formal juga mempunyai latihan yang sebagai persediaan kepada peperiksaan.
Pembelajaran informal pula ialah bermain dan bersosial. Murid-murid akan mendapat pengalaman secara langsung daripada aktiviti ini. Pemerhatian yang dibuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan suatu pembelajaran.
Pembelajaran non formal pula didapat melalui penghadiran diri ke seminar, kursus, bengkel, kelas tambahan, dan ceramah.






No comments:

Post a Comment