bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Sunday, August 15, 2010

Model Sosial

Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsangkan murid-murid kita secara sosial malah secara intelek. Jadi guru memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat yang ingin disasarkan. Apabila murid-murid saling berkolaborasi, mereka akan lebih mudah untuk menyiapkan tugasan, berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif (sinergi).

Model-model sosial
  1. Pembelajaran koperatif
  2. Main peranan
  3. Simulasi
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif berfokuskan pada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan. Murid akan dapat bersama-sama menguasai maklumat, idea dan kemahiran penting. Selain itu, murid-murid dapat memikirkan cara penyelesaian terhadap masalah yang timbul. Mereka juga akan saling bersaing dalam suasana yang kondusif dan mempunyai peluang untuk sama-sama mencapai kecemerlangan.

Main Peranan
Main peranan dapat membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Main peranan juga mampu membantu murid mengumpul serta mengurus maklumat, sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan lebih peka terhadap masalah sosial apabila dikehendaki untuk melakonkan watak-watak yang dikenalpasti.

Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai kemahiran melalui demonstrasi, praktis, dan latihan khusus sehingga berjaya dikuasai murid. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti sehingga mencapai matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran yang ditentukan. Simulasi penting bagi membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar.

No comments:

Post a Comment