bumi indah ciptaan yang Maha Kuasa

Saturday, August 14, 2010

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Pembelajaran Behavioris merupakan teori yang memerihalkan bagaimana manusia dan haiwan belajar. Aktiviti-aktivit mental seperti berfikir dan menaakul diketepikan kerana hanya berfokuskan kepada tingkah laku semata-mata.

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlor (1849-1936)

Teori ini juga mengatakan bahawa pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Rangsangan yang diberikan ialah arahan manakala gerak balasnya ialah mengangkat tangan. Pavlov mendapati bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Perkaitan ini dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Eksperimen Pavlor
Secara asasnya, pelaziman klasik dikenali sebagai pelaziman Rangsangan (R)- Gerak balas (G) di mana satu rangsangan menimbulkan satu gerak balas. Menurut Pavlor, pelaziman klasik berlaku mengikut 3 langkah iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman, dan selepas pelaziman.

Sebelum pelaziman
  • Pavlor memberi makanan (Rangsangan Tidak Terlazim-RTT) kepada anjing, rembesan air liur berlaku secara refleks dan air liur meleleh. (Gerak Balas Tidak Terlazim)
  • Apabila Pavlor membunyikan loceng (Rangsangan Neutral) air liur anjing tidak meleleh.
Semasa pelaziman
  • Pavlor membunyikan loceng (Rangsangan Terlazim) untuk seketika sebelum memberi anjing makanan (Rangsangan Tidak Terlazim). Pavlor membunyikan loceng berkali-kali dengan makanan.
Selepas pelaziman
  • Pavlor hanya membunyikan loceng (Rangsangan Terlazim). Air liur anjing meleleh. (Gerak balas terlazim).
Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa makanan sahaja dikaitkan dengan lelehan air liur. Namun, padanan yang dibuat secara berulang-ulang telah mewujudkan satu perkaitan dengan loceng (rangsangan neutral) dengan air liur. kedua-dua perkaitan ini dinamakan pembelajaran.

Teori Pelaziman Operan (E.L Thorndike)
Pelaziman Operan merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku baharu. Hubungan antara rangsangan akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

Eksperimen Thorndike
Bagaimana kucing keluar dari kurungan

Seekor kucing lapar dimasukkan ke dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar. Pintu sangkar akan dibuka sekira selak dipijak. Pelbagai tindakan seperti mencakar dan berlari untu keluar dari sangkar. Dalam pelbagai usaha tersebut, kucing terpijak tuil selak pintu dan ia pun keluar untuk mendapatkan makanan. Tindakan ini dikenali sebagai cuba-jaya. Pada kali kedu

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

PENGENALAN



Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas.


EKSPERIMEN SKINNER


Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skinner’. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak
sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.


Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.


Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.



Eksperimen tikus putih Skinner
a dan seterusnya, kucing berjaya keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment